CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 17 December 2013

~ Menjaga Kaktus Kita ~



alam semua.Haih dalam sibuk-sibuk ni sempat lagi saya nak bagi tips cara-cara menjaga kaktus.Nanti kita tengok hebat tak hebat Cik Isha menjaga kaktusnya .Orang selalu mengaitkan jika kita malas jaga pokok baiklah kita tanam kaktus.Betulke?


Tumbuhan gurun mudah hidup dan tahan!

KAKTUS sering dikaitkan dengan tumbuhan gurun kerana ia memang berasal dari kawasan berkenaan, namun, pokok tahan lasak ini juga boleh menjadi hiasan menarik untuk laman anda.

Malah, bagi mereka yang sibuk serta tiada masa untuk menyiram atau menjaga pokok di laman, disyorkan beralih kepada kaktus kerana tumbuhan ini boleh hidup dengan kadar air yang sedikit. 

Rupa unik kaktus dalam pelbagai bentuk pastinya memikat sesiapa saja yang berkunjung kediaman anda tambahan pula pokok ini boleh menjadi penghias laman dan dalaman rumah.

Bagaimana membina laman kaktus? Penyelia landskap Yew Garden Sungai Buloh, Chong Yong Jong memberikan beberapa tip untuk membina laman yang dihiasi kaktus.

Katanya, oleh kerana, kaktus mudah hidup dan tahan lasak, maka selain tanah, kaktus juga sesuai untuk ditanam menggunakan pasir bercampur sedikit tanah.

Kombinasi penggunaan campuran tanah, bahan organik, pasir dan batu kecil perlu disediakan manakala siraman menggunakan teknik semburan disyorkan hanya sekali seminggu.

“Selain ditanam terus di atas tanah, kaktus juga boleh ditanam dalam pasu untuk hiasan dalam dan luar rumah bergantung kepada pilihan masing-masing. Perlu diketahui kaktus memerlukan cahaya matahari secara langsung dan mencukupi untuk proses tumbesaran yang lebih baik,” katanya.

Kurangkan air pada pokok kaktus tanaman atau seelok-eloknya kadar penyiraman dilakukan hanya sekali seminggu bagi menyediakan ruang aliran air pada tanah dan lebihan air akan menyebabkan akar kaktus cepat reput selain menyebabkan kaktus cepat mati.

Pokok ini juga boleh ditanam menggunakan tanah campuran atau campuran kompos, tanah pasir dan batu kecil atau pecahan kecil batu daripada tanah liat.

Penggunaan tanah liat boleh menyebabkan pengekalan air yang berlarutan sehingga menyebabkan akarnya menjadi reput manakala batangnya menjadi lembut dan akhirnya busuk.

Baja yang disyorkan untuk menggalakkan pertumbuhan akar dan duri yang sihat ialah Ferti III yang mempunyai campuran nitrogen sebanyak sembilan peratus, phosporus (3 peratus), potassium (8 peratus) dan lain-lain keperluan sampingan kaktus seperti Micronutrients Boron, Iron, Magnesium, Maylodenum Sulfur, Klorin dan Copper.

Bagi menggalakkan bunga pula, kaktus memerlukan campuran tiga peratus nitrogen, enam peratus phosporus, 12 peratus potasium, boron, cobalt, copper, iron, magnesium, molybdenum dan zink.

Bagaimanapun, sesetengah pengeluar baja turut membekalkan bahan solikon bagi pertumbuhan bunga.

Semua semburan baja ini mesti dilakukan hanya sekali untuk tempoh dua minggu. Kekerapan membaja juga boleh memusnahkan kecantikan kaktus terutama daripada jenis berdaun lembut.

Fakta

# Dianggarkan 2,000 spesies kaktus di merata dunia. Antaranya, Agaves, Aloes, Opuntia, Yucca, Euphorbias dan Sansevieria.

# Kaktus dari spesies tunggal - Carnegiea Gigantea adalah pokok besar yang hanya sesuai ditanam di laman rumah serta boleh hidup sehingga 150 tahun.

# Pokok kaktus tinggi ialah jenis Cephalocereus iaitu 15.2 meter bagi tempoh matang dalam jangkau usia 200 tahun. Batangnya sentiasa mengeluarkan bulu seperti kapas dan hanya berbunga selepas 20 tahun ditanam.

# Mereka yang meminati teknik penanaman kaktus menggunakan pasu gantung disyorkan memilih keluarga Aporocatus dari spesies Conzatianum, Flagriformis (dengan batang halus berjuntai dan bunga berwarna merah jambu) dan Flagellifrnis dengan jambakan pokok memenuhi ruangan pasu.

# Pilihlah pasu yang mempunyai lubang di bawahnya bagi membolehkan laluan udara bagi menyuburkan proses akar pokok itu.

# Rupa bentuk kaktus dapat menahan cahaya matahari dan juga mengurangkan pemeluwapan.

# Pokok kaktus boleh menyimpan banyak air pada daun, pangkal dan akar bagi membolehkan ia hidup di kawasan kering dan padang pasir.

# Pokok kaktus akan menyerap air sebanyak mungkin supaya ia boleh hidup semasa musim kering. Duri yang tajam pada kaktus menghalang haiwan memakannya selain menghalang tiupan angin kuat terhadap pokok itu sekali gus mengurangkan penyejatan air dalam pokok itu.

# Selain itu, duri pada pokok kaktus turut berperanan membenarkan lembapan pada waktu malam berkumpul pada hujungnya dan kemudian air ini akan jatuh bagi membolehkan akar pokok itu menyerap air berkenaan.

p/s:kalau korang bace info kat atas ni memang hebat lah!#sumber UTUSAN

Wednesday 4 December 2013

~ Cerita BENTONG KALI ~

Bentong Kali a.k.a P.kalimuthu

dengan usia muda... dia xtakut pn hurmmmm :(




Mudah saja untuk dia membunuh seseorang. Apabila lelaki itu berang, dia sekadar menarik pistolnya dan menembak sesiapa saja yang mencetuskan kemarahannya tanpa memikirkan impak perbuatan berkenaan. Semudah itu saja, dia tidak kisah atau pernah takut memikirkan perbuatannya memiliki senjata api atau menembak seseorang boleh menyebabkan dia dihukum gantung sampai mati. 

Lagak lelaki bernama P Kalimuthu itu bagaikan negara ini tiada undang-undang dan dia bebas berbuat apa saja mengikut kehendak nafsunya termasuk membunuh seseorang. Pemikiran songsangnya itu menyebabkan Kalimuthu atau digelar Bentong Kali menjadi antara penjenayah paling berbahaya dan diburu polis pada dekad 1990-an selepas Wong Swee Chin atau Botak Chin pada 1970-an. 

Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu. Selain rekod pembunuhan itu, Bentong Kali turut disyaki dalam banyak lagi kes jenayah termasuk mencederakan polis. Bentong Kali meninggalkan jejak jenayahnya menerusi kelongsong peluru jenis 9mm daripada pistol Sig Sauer buatan Jerman yang dijumpai dalam kebanyakan kes pembunuhannya sebelum itu. 

Penjenayah itu mula terjebak dalam kegiatan jenayah seawal usia 14 tahun iaitu selepas dia meninggalkan alam persekolahan pada tingkatan satu. Tiada lagi alam persekolahan seperti remaja lain, Kalimuthu menyertai kumpulan kongsi gelap Cina 04 dan mula mengenali dunia jenayah. Atas kesalahan tertentu, dia ditahan dan kemudian dipenjara ketika usia 19 tahun tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu. 

Dipenjara pada usia muda tidak menginsafkan Kalimuthu sebaliknya kira-kira empat tahun selepas dibebaskan, dia kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap India 08. Bersama kumpulan haram dan rakan penjenayah baru, Kalimuthu aktif mencabar undang-undang sekitar ibu kota iaitu di Brickfields, Segambut,Sungei Way dan Ampang. Dia ditahan semula pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah ditempatkan di Pulau Jerjak, Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada1987 bersama sekatan kediaman terhad di Kuantan, Pahang. 

Dunia jenayah bagaikan matlamat kehidupannya. Peluang kedua untuk mengubah hidup mengikut undang-undang diabaikannya apabila lelaki itu kembali menyertai dunia jenayah. Bagaimanapun, kali ini dia tidak lagi menyertai kumpulan jenayah sedia ada sebaliknya menubuhkan kumpulan kongsi gelap 04 yang tertumpu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Antara kegiatan kumpulan 04 yang ditubuhkannya ialah aktif mengedar dadah dan untuk kesalahan itu, Kalimuthu ditahan lagi pada April 1990 dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya. Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman apabila bukti tidak cukup untuk mensabitkan kesalahannya. 

Untuk kali kedua, dia dikenakan sekatan kediaman terhad di Gopeng,Perak, selama dua tahun. Kalimuthu kemudian menghilangkan diri padaNovember 1984. Pada 1991, Kalimuthu dikatakan mula mengganas kembali dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan sehingga menyebabkan polis mula melancarkan Ops Buncit pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasan lelaki itu. Ops Buncit disertai 200 pegawai dan anggota polis termasuk dari Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor digerakan secara besar-besaran membuktikan polis serius untuk memburu Bentong Kali hingga ke lubang cacing.

Polis mengklasifikasikan profil lelaki itu sebagai bukan pembunuh upahan sebaliknya Bentong Kali yang bergerak bersama pengikutnya sekadar melakukan pembunuhan demi pembunuhan mengikut kehendak nafsu mereka. Bentong Kali juga dikatakan memiliki banyak tatu dilukis pada badan dantangannya seperti tanda palang dan ungkapan Born To Die.Pada tangan kanannya terdapat gambar kepala harimau manakala di tangan kirinya terukir gambar perempuan bogel, ular dan helang. Tatu dibahagian belakang badannya pula dilukis gambar helang dan kedua-dua pahanya ada gambar perempuan bogel. Kalimuthu turut memiliki parut kesan pembedahan di perut. 

Dalam gerakan memburu penjenayah itu, poster dikehendaki polis yang antara lain memaparkan wajah Bentong Kali dan kegiatan jenayahnya mula ditampal di tempat awam. Dengan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah ganas itu, kes buruan polis itu terus menjadi berita hangat. Poster itu turut diedarkan di kawasan sempadan bagi membolehkan orangramai mengesan kehadirannya dan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand dipertingkatkan bagi mengelak Kalimuthu bolos ke negara jiran. 

Polis terus melancarkan gerakan memburu Kalimuthu selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Serbuan demi serbuan dijalankan untuk menjejak penjenayah itu antaranya di lokasi yang menjadi tumpuan jenayahnya iaitu sekitar Kuala Lumpur di Jalan Klang Lama, Brickfields, Taman Melawati, Ampang, Balakong, Kajang, Raub dan Bentong. Pencarian pihak berkuasa kemudian berhasil apabila Bentong Kali dikatakan keluar dari persembunyiannya dipercayai untuk mencari seorang bekas konconya di Jalan Klang Lama. 

Intipan polis kemudian membawa kepada serbuan di markas persembunyian lelaki itu di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, KualaLumpur pada 29 Jun 1993. Subuh menjelang apabila sepasukan anggota elit polis dari Unit TindakanKhas (UTK) Bukit Aman, mengambil posisi dan mengepung kawasan perumahanitu. Turut menyertai operasi adalah unit pemusnah bom. Situasi genting itu kemudian bertukar menjadi drama tembak-menembak.Bentong Kali bersama dua pengikutnya melepaskan dua das tembakan kepada polis yang mengepung kawasan itu. 

Bagaimanapun, kedua-dua tembakan penjenayah itu tidak mengenai atau mencederakan anggota polis. Menyedari tindakan agresif penjenayah itu dan cubaan mereka untuk melarikan diri, polis mengambil tindakan pantas dengan membalas tembakan. Tembakan balas sekitar jam 6.30 pagi menyebabkan ketiga-tiga penjenayah terbabit terbunuh dengan satu das tembakan di kepala menamatkan riwayat P Kalimuthu. Kejayaan itu menamatkan episod das-das tembakan daripada penjenayah terbabit sepanjang era keganasannya yang membunuh kira-kira 16 mangsa. 

PROFIL

Nama: P Kalimuthu 
Gelaran: Bentong Kali 
Lahir : 22 Januari 1961
Asal : Bentong, Pahang
Keluarga: Anak kelapan daripada 11 beradik





sumber ragedindian.com

Friday 22 November 2013

~ Suger Glider ~

Assalamualaikum.....

sini...sini... isha nk bagi tahu.. isha ade bela suger glider (SG).... asalnye hafizi yang beli, pas 2 isha beli lg seko.. nk buat pasangan le kononnye.... sg Jantan isha name Tommy n sg Betina name mickey panggil kiki...
kiki tu terlalu muda, tapi isha sekalikan je.... 




tips2 nak bagi depa rapat 
 **** Sesi Berkenalan***


1 -  isha akan letak sg jantan dalam cage betina... n yang betina dalam cage jantan... 


    ... supaye dorang xbergaduh kalu jumpe t (kire mcm menceroboh le) .. main letak cam gitu je.. tinggal la dorg dalam sehari cam tu....



2 - Masukan dorang dalam 1 cage sekali..

... tak sempat isha masukan.. mak isha yang sekalikan dorg. ishkk mak ni. xsaba nk menimang cucu da ke kn... hihihihi ...


3 - Riaksi Depa

... lepas masukan kite tgk... dorg mcm bergaduh ke ok... kalu ok biarkan je. kalu cam bergaduh asingkan. letak mcm step 2 tu...


4 -  xsaba menimang anak

....  kalu ternampak sugar glider jantan dan betina mengawan, kite boleh buat andaian bahawa dalam 16 hari kemudian, joey/anak sugar glider betina akan dilahirkan. ...
Dye ngandung jap je - tempoh in pouch/dalam kantung saja yang lama- 2 bulan. Saiz joey sebesar sebutir beras ketika dilahirkan..



5 - Kalau da Pregnant

 ... tengok  tabiat/selera makan sugar glider betina bertambah.. mungkin kerana ia mengandung.. atau ia mungkin berselera kerana makanan sedap sejak dua menjak ni. Susah nak tahu sugar glider mengandung, melainkan..



6 - Pouch

... tengok sugar glider kite sibuk menjilat pouch atu sugar jantan juga cuba menolong sugar betina menjilat laluan ke pouch.. maknanya sugar betina dah menyiapkan diri untuk melahirkan anak, Time ni dah terlambat la nak kata mengandung, dah beranak dah pun =) ...




Tuesday 15 October 2013

~ Ade Ckit-Ckit.. Teringat pulak ^_^. ~




~ jalan cite video membuatkan isha teringatkan dye.... dgn lirik Nye yang mendayu2 tu kan... haha.
time kenal dye dulu cm nie le.... dalam labry huhuhuuu... dye usha2, kite pn xtahu... xde aty nk berpakwe makwe pn so kite biase jela.... siap sekodeng lg haha. ambik buku.. bukak tapi mate dok usha meja depan... 2 la tunang isha...xlame ag da nk kawin. alahai.... tkt Nye.... =_='
malu bile jmp mmber kolej , dye cite cam tu... x sangka btl kekee....
kalu isha g café msty dye ade, isha g labry dye msty ade, g mane2 muke dyeeee je.... emmm..siap masuk kuliah isha lg... tergejut btl time 2, asal senior masuk kelas kite... kenbe turun kelas ke ape... pelik2... hehehe.... 

~ dulu plg xsuke dye... suke sgt kacaw org... sakit Nye ati.... stp kali tserempak isha jeling je dye... kalau npk dari jauh isha try gune jalan lain spy xjmpe ngn dye....

~ dulu ingat dye jahat, muke dye 2 garang sangat... tkt le.... las2 kawan...emmm... BAHAGIA ^_^ . mmg dye keras kepale tp hati lembut. isha ok. ape salah isha cakap salah... ape btl isha ckp btl.... dye denga pndapat kite. kami start bkawan lbh rapat.. jmp fmly, kongsi cerita, susah sng same2, dye seorang pendenga y baik...isha penasihat y baik hehehe. pepe pn yang pntg dye setia... Terima KAsih Ya ALLAH kurniakan insan sebaik nya. isha Bahagia sangat.... bersyukur sangat...

~isha terfikir2 jugak nape ex ex dye tinggalkan dye, knp dy tinggalkan ex ex dye.... dye 2 da sebaik2 lelaki da, hormat kite n fmly, sayang kite, setia, jage agame, pendenga y baik, penyayang, xbayak songeh, xsuke sshkan org. ruginye dorg..... tah la, bkn jodoh kot kn... syukur la dapat bakal suami cm ni, smg hubungan kami kekal n bahagia shga ke Jannah.. insyaallah, ammin =)

SARA

Sunday 6 October 2013

GRAVITY - FILM

Film baru lagi.. September 2013

Genrethriller 
Director: Alfonso Cuarón
Pelakon: Sandra Bullock dan George Clooney 

Ape yang nak dikongsi:

Film ni memaparkan tugas seorang astronut + ruang luar angkasa + cabaran mereka..
George Clooney segabai astronut yang sudah mahu bersara.. melalui pengembaraannya yang terakhir.. (berjaya ke tak.. kene tengok la ye..) hehee

Manakala Sandra Bullock... seorang doktor.. tapi die ni pegi angkasa untuk bahagian teknikal.. baiki2 kegagalan/kerosakan sistem komunikasi kapal angkasa tu.. saya tak tau la die doktor ape di bumi.. (mengantuk tengok) mmm.

kemudian mereka ni melalui ujian getir.. apabila.. kene srangan serpihan satelit rusia. Setelit tu dibom oleh rusia.. Menurut cerita sbb dah tak diperlukan utk aktiviti risikan..

Mula dari situ la ujian bermula... untuk kembali ke bumi.. dengan selamat.

Cerita ni bagi saya agak muram + slow  + budget..
 
  • Kenapa muram.. sebab tak de pun plot yang rase klimax.. constant je
  • Kenapa slow.... xde ape sangat gabungan emosi + aksi + cabaran (macam dah boleh agak je.. start mestilah hidup)
  • Kenapa budget... ade satu je muka. Kalau dibahagikan kepada 4 quarter..  sepanjang quarter 2-4 la.. mmm

Terpulang la kepada masing-masing punya pendapat... bagi yang suka science mmg best la film ni...

Secara keseluruhan.. saya rasa film ni bagus dari segi kualiti gambar... bukan secara keseluruhan nya.. mmm

ELYSIUM - FILM

Baru je tengok cerita ni September 2013..

Genre : science fiction action-thriller
Director: Neill Blomkamp 
Pelakon Utama:  Matt Damon dam Jodie Foster

Bagi saya..

Cerita ni sangat best & futuristic.. apabila bumi tidak lagi mampu menampung kepadatan penduduk melampau + tahap pencemaran yang tinggi + sumber hijau / asi yang semakin pupus...

2154 ELYSIUM telah wujud.. dibina di luar kawasan bumi. Satu tempat baru yang dijadikan oleh penduduk yang kaya sebagai satu penempatan baru. Bersih + Aman + Terancang + Berstatus tinggi..

Jadi wujud la 2 kelas manusia.. yang susah.. duduk bumi, Yang kaya duduk di Elysium.


Memang best + tak bosan tengok.. watak paling best Jodie Foster.. memang terbaik la. Matt Damon pun tak kurang hebatnya.. tapi tak ta macam over hero sangat.. Cuma lelaki biasa yang berani..

Yang lain2 tu selamat menonton.. xrugi tengok ni..

Friday 4 October 2013

CINTA + JODOH

Cinta oh Cinta vs Jodoh oh Jodoh..

Ada yang runsing tentang isu ini?
Masih ragu-ragu dalam membuat keputusan?
Tidak tahu kehendak sendiri?
Tidak ada Boyfriend / Girlfriend?
 
Mari kita tambah ilmu & dalami isu ini..
Perkongsian ini menjurus kepada mereka yang beragama Islam ye..
 
Bagaimana panduan + perihal ini dikupas dari segi Al-Quran + Hadis?
Semoga kita mendapat manfaat dari semua perkongsian ini (tegur lah saya jika ada kesilapan)

1. Kenapa kene kawin?.. sekarang bujang enjoy je..
 
Hadith Riwayat Thabrani dan Hakim
“Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”.
 
Abdullah Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami:
“Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kahwin, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.”
 
 
2.Tidak ada Boyfriend / Girlfriend.. Macam mane nak kawin? xde yang nak..
 
Surah Yaa Sin : Ayat 36
“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”
 
Surah AI-Baqarah ayat 45,“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”.
Jodoh telah ditentukan: Kupasan lanjut Ustaz Azhar Idrus
https://www.youtube.com/watch?v=_FXdJuBUWOw
 
 
3.Macam mana nak pilih cinta + jodoh?
 
Surah An-Nur : ayat 32-33
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya
 
HR. Ahmad No: 13594 , dan disahihkan oleh Ibnu Hibban
“Nikahilah perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai banyak anak (subur), kerana aku bangga dengan sebab banyaknya kalian di hadapan para nabi nanti pada hari Kiamat.”
 
Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai
“Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: “Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan.”
 
  
4.Agak-agaknye macam mane ye rupa + perangai jodoh aku nanti?
 
Surah An Nahl : Ayat 72
“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari ni’mat Allah ?” 
 
Surah Ar-Ruum : 21
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.”
 
 
5.Nak bela diri sendir pun tak mampu.. macam mane la aku nak kawin?
 
Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”.

Tambahlah ilmu.. panduan untuk anda sentiasa di landasan yang lurus.. <3








Semoga kita mendapat manfaat.. ni sebahagian je, yang saya jumpe..banyak lagi + kene banyak membaca lah ye..



Monday 30 September 2013

Tips Menjadi Cantik & Menarik serta disukai




Seorang insan lebih-lebih lagi seorang perempuan mesti mahu kelihatan cantik & menarik malah disukai.

Siapa yang tak nak.. Betul tak?
Kawan ramai + Peminat ramai + sumai/isteri sayang + boss suka + pekerja hormat...
Pendek cerita selebriti.. nama yang sentiasa harum :-)

Dari situ lah datangnya personaliti..Ye Keterampiran + Versatile

Masih tertanya-tanya macam mana nak realisasikannya..
Jangan runsing.. Mudah sahaja.. Yang penting keinginan +pencarian ilmu + kesungguhan untuk berubah itu ada:

LIHAT DIRI ANDA SEKARANG & MULAKAN PERUBAHAN BERIKUT:

1. Bau Badan
  • Ini faktor yang paling penting dan diutamakan. Adakah kita selesa berdamping dengan seseorang yang berbau.. Pasti TIDAK.. Jadi mari BERUBAH
  • Cuba anda amati.. adakah BADAN atau MULUT atau KEPALA anda berbau? Pernah tak kawan-kawan menegur tentang bau badan anda?.. OK bagi yang jawapannya ye.. USAHAKAN seperti dibawah..
  • Senang je... Pastikan pakaian bersih + Bangun pagi mesti mandi & bila petang mandi lagi + pakai PERFUME (Jangan over : cukup untuk datangkan kedamaian je) + berus gigi (setiap kali lepas makan ATAU beli la gula2 fresh mint ATAU Chewing Gums + Syampoo rambut (kalau rambut berminyak+panjang eloklah hari2) + bercukur / rapikan semua bulu2 yang perlu : misai / janggut / malah sulit : ketiak & bulu kemaluan
  • semua dah OK.. lihat No 2
2. Kuku
  • Ye.. kuku. Simple kan?
  • Lihat kuku anda!! Mula2 tangan, kemudian kaki... mmm..
  • Anda hanya perlu menjadi lebih disiplin.. kalau nak senang amalkan potong kuku 2 kali seminggu..
  • Isnin + Khamis/Jumaat : Dapat pahala sunat.. amalkan sunah rasulullah s.a.w.. amin
  • Senagng kan! sekarang No 3
3. Kulit
  • mmm.. bab ni, bukan tertumpu pada wajah.. tapi keseluruhan badan ye..
  • setiap insan dikurniakan kulit yang berbeza-beza; putih -bese2 je - gelap
  • semuanya cantik... JIKA
  • Kulit itu bersih + terpelihara
  • Senang je;  Pilih la produk ape pun.. yang penting ada pencuci muka + sabun badan + tambahan lain kalau suke Losyen + Pelembab + Vitamin A / D / E / K (tanya lah pakar k..)
  • Yang penting kulit anda... TAK ADA PENYAKIT : KURAP + PANAU + JERAWAT + dan lain2..
  • Dah tengok kulit sendiri.. ok jom No 4
4. Berat Badan
  • Haa.... ni satu lagi..
  • Macam mane? Normal ke Abnormal;
  • Senang je... kalau anda GEMUK jangan tekanan pulak terus TAK NAK MAKAN diet ekstream or SEDIH sebab badan KURUS MELIDI.. xde six pack.. relax....
  • Peubahan d tangan anda; Mari kita amalkan cara hidup sihat dan seimbang..
  • Ape ye... hehee.. Amalkan makanan seimbang ; Buat aktiviti yang melibatkan kecergasan (jogg + main bowling + badminton.. ikut hobby anda) ; keluar berjalan-jalan ; pegi picnic..
  • Selalunya orang yang ada masalah berat badan.. STRESS / TIDAK HAPPY dengan hidup... jadi yang penting pilih aktiviti yang anda SUKA + cari KAWAN2 yang POSITIF + MEMBINA
  • penting juga untuk... beri diri anda masa.. PERUBAHAN BERAT BADAN bukan sehari; jalani hidup anda dengan gembira
  • anda akan berjaya.. jika anda tidak berhenti berusaha.. ok!! ingat jangan paksa diri.. yang penting happy
5. Pakaian
  • Ok dah No 5... nak abis dah ni.. sikit je lagi..
  • Meh tengok ape yang anda sedang pakai...
  • Dah tengok?.. ok tak?
  • Bab ni.. anda tidak tidak perlu la risau tentang WANG / BRAND / TREND
  • Pakaian adalah cermin diri anda; siapa anda?
  • Kalau Doktor mesti la ada JACKET PUTIH / Kalau tukang kebun mestilah ada BAJU LUSUH & TOPI BESAR
  • Senang je.. anda hanya perlu pilih pakaian yang selesa + bersih + kemas + sesuai dengan kerjaya / situasi / agama / status... dari situ anda akan lebih berjaya + berkarisma..
  • TAK PERLU jadi mengsa TREND / BRAND : adakah anda akan berjaya menjadi seorang doktor disegani jika.. pakai baju menjolok mata & seksi? / adakah anda menjadi boss yang dihormati jika memakai jeans + t-shirt lusuh? / adakah anda akan menjadi tukang kebun yang disanjunggi jika pakai kemeja + tali leher? : JAWAPANNYA TIDAK..
  • Jadi ape lagi... ye anda kena berubah.. mari cek almari
6. Senyuman
  • ok No 6.. second last..
  • senyum... wow mudahnye..
  • Nak cantik kan.. kene la senyum.. muka tak cantik tak pe.. yang penting senyum..
  • kalau orang tak reply.. xpe die yang problem tu
  • Yang ni semua paham kan..
7. Ilmu
  • LAST... Yeah nak abis dah...
  • Lepas ni confirm cantik = menarik
  • ilmu.. ye ilmu... banyakkan membaca.. seperti yang anda lakukan sekarang..
  • dengar pendapat org pun penting + berfikir
  • Tak ada orang yang suka kita.. jika kita ni BODOH SOMBONG... entah ape tah.. cakap macam orang tak tau ape2.. orang cakap lain die cakap lain.. dah la! die ni memang tak tau.. ( macam-macam lagi.. la org kate kan )
  • Kalau jadi kawan-kawan boleh cakap macam tu ; inikan pula orang luar seperti pekerja kita; kawan sekerja kita ; jiran2 kita..
  • Jadi tambah lah ilmu.. niat kerana Allah S.W.T
  • Orang bijak akan DISENANGGI + DIHORMATI
senangkan.. amalkan 7 tips mudah ni... pasti anda menjadi SEORANG YANG CANTIK + MENARIK + DISUKAI.. insyaAllah

Monday 22 July 2013

~Ahli Syurga da datang~

Muhammad Aqil Aiman Bin Salahudin


aQil wth Ibu..
::ibu syg anak2 ibu::


aQil jadi budak y baik taw.... ikut cakap ibu ayah...
jd anak soleh ea... =)

aQil ni Tinggi orangnye nanty... insyaAllah..

aQil Putih Melepak

aQil berusia 1 hari lebih....
senag2 kire 2 hari jela kn hehe

aQil ngan makcik... kalu nk glemer panggil aChiQ je tau ahha

aQil da pandai ek....
aQil With MakSue^_^

Ni abg aQil....... ayish namenye... hehehe

ni la anak-anak buah isha.... 22 boy... pepe pn kami ttp syg depa.... makin ari makin besa... banyak telatah, kadang2 lucu... ade depa ceria ckit umah... kalu x msty sunyi... tp isha jarang2 jer jumpe dorg... hehehee... Tokwan n tok pn rindu kat cucu dorg ni.... almaklum le cucu pertame, kedua... tp jauh ssh le nk jmpe ^_^. so kalu call mak msty tye kaba dorg ni.... hihihi... kasih budak =)

~bby mmg comel... suke sangat kt bby tp takut le oneday t kene bsalin... tengok kakak ipa bersalin isaw pulak.....takut =( ~ 
abg ade cakap ' cian perempuan....' lps jmp kk ipa dlm wad bersalin trz ckp cm 2.... ni la pengorbanan seorang ibu.... 
aduiii duii duiii... takutnye lah

Thursday 27 June 2013

Jangan Lupe Senyum ~ ^_^Y

*fikir sejenak
...
ujian Allah tu... maknanye Allah sayang sy... *positif


Alhamdulillah, Allah da mudahkan sy utk harungi minggu ni... sweet kn Allah.. walaupun amal sy x byk, iman kadang2 turun naik, tp Allah tetap mendengar doa sy. Kadang2 rase malu jugak.. Allah bagi je ape yg kite nk.,. tapi kite kadang2 lalai nk ikut perintah dy.. *muhasabah ^_^
Sebab tu Allah bagi kite ujian, Dia nk kite fikir ape yg ade disebalik ujian yg Dia da bagi tu..


*pernah x kite pikir benda ni :


Walaupun Allah da bg kite ujian, Allah x kn biarkan kite tanggung sorang2,.. Allah akn bantu kite jugak...Dapat agak x ape bentuk bantuan yg Allah bg kt kite utk kite lalui ujian dy??
ok, sy tanye... sy sendiri jawab..hehe..

Allah da pinjamkan kite family, kawan2, org sekeliling untuk kite cerita masalah kite n bagi semangat kat kite
dan yang paling penting sekali Allah bagi kite KEKUATAN supaya kite kuat lalui ujian dy..
Subhanallah.., sayangnye Allah kt kite..
Pernah x kite pikir bnda tu sume?? yg kite tahu asyik nk merungut je bile Allah bagi ujian.. ok, lpas ni kite tukar mind set kite, set kt dlm minda kite bahawa setiap ujian yg Allah bg adalah tanda kasih sayang Dia kt kite.. Haa..barulah kite cool je bile diuji, sebab kite tahu Allah sentiasa ada bersama kite..
sweetnyerr..!! :)

Firman Allah :
"Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan sesiapa yg percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya"
(Surah At-Taghabun: 11)

"Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husnodzonnya engkau pada ALLAH SWT."
Pegang kata2 tu ye..
p/s : Layankan je ape ujian yg Allah bg kat kite..ehem, bukan layan2 kosong je taw,.. sambil2 tu pikir n jadikan ujian tu tarbiyah utk  kite.... *peace (^___^)Y

Assalamualaikum ^_^

Monday 17 June 2013

~ Buat Sahabat Tercinta ~
















Wahai sahabatku, 

Ketika engkau lelah melangkah, ketahuilah, ada seorang hamba Allah didunia ini siap sedia menemanimu terus berjalan mencari ilmu Allah.

Ketika engkau memerlukan seseorang disisimu, ketahuilah, aku sentiasa ada untuk menemanimu.

Jauh disudut hati kecilku, aku bahagia mengenalimu sahabat. Aku juga yakin, Allah bahagia melihat kita berkasih-sayang keranaNya. Aku tidak mengharapkan balasan di setiap kebaikan melainkan aku mengharapkan syurgaNya di akhirat sana.


Wahai sahabatku,

 

Ilmu Allah terlalu luas, aku sendiri tidak mampu menjelajahi seorang diri. Aku perlukan teman disisi yang sama-sama ingin berjuang denganku. Mencari dan terus mencari cinta Allah yang hakiki. Terkadang aku alpa dan leka, matlamat hidupku didunia ini, dari mana aku datang dan kemana aku ingin kembali. Sebab itu aku memerlukan mu sahabatku, dan aku juga bersiap sedia untuk mu. Mari ketika bersama-sama mencari ilmuNya untuk akhirat sana dan semoga Allah memasukkan kita ke dalam syurgaNya.


Wahai sahabatku,


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


Aku ingin menjadi salah seorang daripadanya. Yang boleh membuatkan engkau tenang ketika melihat wajahku, yang boleh membuatkan engkau mengingati Allah apabila memandangku, yang boleh menambahkan ilmu agama ketika engkau bersamaku. InsyaAllah.



Sabda Rasulullah s.a.w
,"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."

(Hadis riwayat Muslim)



Ketika engkau jatuh, hulurkanlah tanganmu. Aku akan sentiasa sedia menyambut dan memimpinmu. Aku cinta kamu sahabat. :)