CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 24 January 2013

~Jom DeTox ~



















DEtoX... ^_^

Ok..ini cara saya yer..sbb saya tak pernah detox selame ni hihihihi ..so saya share apa saya buat Day 1 till Day 3 je.... time ni betul2 rindukan nasi...

~ just makan buah2an, sayur2, ikan n ayam je... ~
Day 1 : Breakfast semangkuk kecik sup. Air suam 2 gelas. Pastu memang stok buah mcm tembikai, betik, tembikai susu, anggur mmg ada la. Makan selang seli. Rasa lapar je makan. Lapar je makan.... Jgn biarkan diri lapar. Makan banyak mana pun takpe. Selagi larat makan je buah2 yg boleh di makan. Air kosong minum 3L. First day ni confirm la korang akan kencing 10x sehari hahaha
Day 2 : Breakfast buah. Air suam 2 gelas... Itu je. Then dlm kul 11am ke makan la salad ke, sayur apa2. Tgh hari sup sayur. Dlm kul 3pm makan salad ag. Mlm pun sayur. Tak kira la sayur apa.Tp lagi bagus sup sayur dan salad. Elakkan sayur yg bergoreng byk minyak or byk sgt perisa mcm sambal2 ke...sbb defeat the purporse je nanti...Air pun 3L tidak di lupa
Day 3 : Paling best. Sbb leh makan selang seli sayur dgn buah. Lagi senang dan rasa kenyang sentiasa. Pg makan la buah. Then tgh hari sup sayur. Ptg buah lagik. Mlm salad. Mesti kenyang punya. Air 3L juga.... kalu as lapa je g makan.... makan, makan, makan....

2 lah rutin time detox ni.... nk buang toksik dalam badan la katekan... pas 3 hari makan la nasi balik... nyam3..,.
Buah paling elok amik adalah buah yg "watery" mcm tembikai, betik, tembikai susu....Kalau lain2 ok gak. Terpulang. Tp jgn makan pisang... Sbb itu utk hari ke empat. Makan je sebanyak mana yg nak, sampai kenyang and tak larat..hehe
If abis sampai day 7, rehat kejap.... Jgn terus lagi Sbb badan baru lepas detox for 7 days straight. Tp if lagi bagus time rehat 3-4 hari tu jaga la makan. jgn lepas tu belasah nasi siang malam plak. Kang penat je 7 hari bertahan, tp naik balik sbb tak jaga. Makan mcm biasa. Kurangkan karbo, lemak, high calories food, bykkan buah2an, protein and sayur2. Pastu nak start balik detox buat je la balik sampaiiii lah dapat badan yg di idamkan...
Bagi aku, sebenarnya detox ni tak la susah mana. Kalau korang leh makan buah, makan sayur, confirm tak rasa susah. Yg susah nak control nafsu makan. Sbb ye la, sapa la leh tahan makan tembikai je time bfast kan. Dpt nasi lemak 2 bungkus baru heaven. Hahaha..heaven tak heaven la..pastu jgn bising diri sendiri gemok ok.... itulah kakak sy... dapat taw pasal detox ni pn dari dia lah, asyik merungut je hahhaha... comel btl ^_^
Kepada kwn2 yg berminat nak try, sila..sila..if korang share journey korang kat blog, kabor2 la..boleh kuatkan semangat kita2 ni...hehe.
chaiyok..

No comments: